Misi

Untuk menjadikan PENIAGAWATI sebuah persatuan yang mantap berpengaruh lagi dihormati bagi menjadi wadah kepada perjuangan wanita dalam perniagaan dan profesyen.

Visi

Berusaha merealisasikan potensi keusahawanan wanita Bumiputera dengan menganjurkan program-program latihan dan kursus bimbingan bagi meningkatkan bilangan usahawan wanita Bumiputera yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.

Objektif

Memartabat dan memperkasakan golongan usahawan wanita bumiputera di seluruh negara dari segi kualiti dan kuantiti dan bagi mencapai objektif ini,

  • Mewujudkan perkenalan di kalangan wanita-wanita Bumiputera dalam perniagaan dan profesyen dan mengembangkan serta membantu perniagaan dan profesyen ahli-ahli;
  • Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan awam dalam menjayakan Dasar Ekonomi Baru;
  • Memberi dan / atau membantu mendapatkan pengetahuan pakar, latihan dan perkhidmatan untuk ahli-ahli dalam bidang perniagaan dan profesyen; dan
  • Mewakili ahli-ahli kepada pihak-pihak berkuasa dan badan-badan berkenaan
Get in Touch With Us.
Whether you’re interested in working with us or for us, we’re always happy to chat.
TOP