Merealisasikan potensi keusahawanan wanita

Dengan penganjuran program-program latihan dan kursus bimbingan
Mengenai Peniagawati

Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia atau lebih dikenali sebagai PENIAGAWATI telah ditubuhkan pada 24 Mac 1980 dan mempunyai lebih 1000 orang ahli di seluruh Malaysia. Ahli-ahli Peniagawati terdiri daripada usahawan wanita Bumiputera pelbagai peringkat termasuk yang baru berkecimpung dalam arena perniagaan hingga yang telah berjaya. Ahli Peniagawati juga mewakili pelbagai bidang dari pembuatan hingga perkhidmatan.

Selain dari itu, Peniagawati merupakan badan bukan kerajaan yang pertama yang telah menerbitkan buku panduan khas untukusahawan yang bertajuk "Undang-undang untuk usahawan" yang memberi panduan tentang aspek undang-undang di dalam menjalankan perniagaan. Buku ini diterbitkan untuk memberi kesedaran dan kemahiran kepada usahawan-usahawan agar menjalankan perniagaan dengan efektif dan profesional. Buku ini telah mendapat sambutan baik dari usahawan serta kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan usahawan.

Di dalam melaksanakan program, PENIAGAWATI bekerjasama dengan beberapa kementerian, agensi kerajaan, institusi serta persatuan-persatuan lain. PENIAGAWATI juga mempunyai hubungan balk dengan media elektronik dan media cetak.

Presiden Peniagawati
Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi

PRESIDEN
(2012 - KINI)

Dato’ Hazimah Zainuddin

PRESIDEN 6
(2003 - 2012)

Puan Sri Datin Ashidah Minin

PRESIDEN 5
(1999 - 2003)

Dato’ Mohaiyani Shamsudin

PRESIDEN 4
(1997 - 1999)

Dato’ Maznah Abd Hamid

PRESIDEN 3
(1992 – 1997)

Pn Hajah Faridah Shamsudin

PRESIDEN 2
(1986 – 1992)

Pn Hajah Zainon Tan Sri Zainal Abidin

PRESIDEN 1
(1980 – 1986)

TOP